Sunday, 05 September 2010

 

FC sangat seronok dan banyak membantu kami yang masih hijau di bumi UK setahun yang lalu..Kini giliran adik2 untuk merasai kemanisan ukhwah ketika FC.. Sehingga kini saya masih merasakan FC antara program terbaik yang pernah saya sertai..

Enjoy FC anda semua~

-Noor Khafizah Mohd Noh, Women's Officer SMSA, Biology, Uni of Sheffield

 

   

Modul yang di susun sesuai sangat dengan pelajar baru. Agamanya, mentalnya dan paling penting, ada 'kawan' baru dari uni lain. lagipun camp ni boleh eratkan hubungan antara pelajar yang berada di Sheffield sendiri

Cakap pasal modul, ada yang bermanfaat. contohnya soal agama. macam mana nak smyg, pose, pergaulan dan banyak lagi la. Yang penting, semua di ajar adalah benda baru. Ustaz yg dijemput pun mantap2

Hurm, banyak lagi kot kalau nak cakap. Rasanya silap tahun lepas sebab senior tak wajibkan. ramai yang tak mahu join sebab macam-macam alasan. Assume camp ni macam BTN la, skima la, padahal TAK!!.Seronok dan berfaedah!

 - Mohd Faridzul Asyraf Mat Arifin, SMSA President 09/10, Electronic and Electrical Engineering, Uni of Sheffield

 

 

Aktiviti LDK di luar amat menarik terutamanya treasure hunt. Fiqh luar negara yang disampaikan Ustaz Efrino sangat-sangat membantu dan kena pada masanya. Persembahan pelajar menarik. Tak lupa juga debat yang sangat unik dan patut diteruskan untuk tahun seterusnya. Tak lupa MAKANAN BEST!!

-Nadia, Chemistry , Nottingham

Seronok jumpa sahabat-sahabat yang baru dikenali. Tambah-tambah lagi hadir dalam program yang bermanfaat untuk rohani sebegini. Fasi pun sangat mantap. Semuanya personaliti yang memang dikenali kerana aktif berpersatuan. Secara jujurnya, mereka pembakar semangat saya untuk sahut cabaran mereka.”

-Suhaila,Biology, Nottingham, Welfare Exco Nottingham Malaysia Society

 Sedikit sebanyak membantu..ada fiqh luar Negara dan bagaimana nak adapt dengan kehidupan di UK.best  la sebab boleh tambah kawan baru juga

-Nabila,Biology , Nottingham

 

 

" FC merupakan sebuah program yang bukan sahaja dapat mengeratkan persahabatan di kalangan mahasiswa,malah sebuah program yg sarat dengan ilmu dan pengajaran"

-Muhd Rezwan Alias, Grad. MSc Chemistry, University of Leeds

 

 

"Selaku faci Freshers Camp 2008, banyak benda yang dapat saya jadikan pengalaman manis sepanjang berada bersama-sama peserta dari kalangan pelajar baru yang bagi saya adalah hebat-hebat belaka. Ceramah dan pengisian yang mantap dari penceramah yang hebat juga sangat berguna bukan sahaja untuk pelajar baru bahkan jugak kepada kami yang telah berada lama di uk. Pengalaman duduk dan berkongsi pengalaman bersama-sama pelajar dari sheffield melahirkan satu ikatan ukhuwwah yang masih terjalin sehingga kini dan tidak mungkin diputuskan. Disebabkan itulah saya merasakan FC merupakan satu program yang sangat bermanfaat dan patot disertai oleh semua pelajar baru akan datang untuk membina satu batu asas kukuh bg mereka menimba ilmu di bumi asing ini."

-Mohd Afif Wan Mohd,LUMSOC President 09/10, Medicine, Uni of Leeds

 

 Anonymous by Laughing Squid.

The Fresher's camp was very interesting since we had the opportunity to get to know many people not only from Sheffield but also from Leeds and Nottingham. I found the fiqh of traveller's very useful since it helps me a lot in solving many daily problems related to halal haram in certain condition which I have never encountered before. On the other hand I think we spent too much time on debate session. Even though it was fun but there were only few people who participated actively while the rest were just listening since they have no interests and talent in debate. Perhaps this session should revise again for the next fresher's cam. Besides that in my opinion this event should be promoted vigorously among the new student to attract more participation in the future.

- Anonymous, Somewhere in England